1.Polisi Sulit


Terima kasih kerana membaca penyataan polisi sulit kami.


Ini adalah sebuah portal milik kerajaan Malaysia. CEO Academy adalah komited dalam melindungi perkara-perkara sulit berkenaan ke semua pengguna portal ini. Sekiranya anda hanya melayari portal ini, kami tidak akan dapat meperolehi data yang membolehkan kami mengenalpasti anda secara individu. Sekiranya anda memilih untuk membuat suatu permohonan atau menghantar e-mel kepada kami dimana anda memberikan data persendirian yang boleh dikenalpasti, kami mungkin berkongsi sebahagian dari maklumat yang terkandung di dalam data yang anda daftarkan atau data yang berkaitan kepada pihak-pihak ketiga, dengan syarat, data persendirian yang boleh dikenalpasti tidak akan disertakan, kecuali sebagaimana yang dibenarkan secara kurusus oleh anda atau dipercayai dengan jujurnya bahawa tindakan itu adalah diperlukan dalam mematuhi undang-undang, tatacara perundangan, bagi penguatkuasaan terma dan syarat, atau di dalam mana-mana keadaan lain yang ditetapkan di bawah polisi sulit kami, seperti mana yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa.